Buah bambangan yang sudah dikupas |
Assalamualaikum... kali ini akak nak kongsi dengan kalian resepi enak dan menyelerakan untuk santapan kalian. Pastinya sangat sedap untuk peminat sambal resepi asli menu tempatan khas dari Sabah.
Buah bambangan yang berkulit |
Sambal bambangan |
Bahan-bahannya:
1. Buah bambangan - ikut suka nak buat banyak mana. Ditumbuk kasar
2. Cili padi - ikut betapa pedas kita nak makan. Ditumbuk kasar.
3. Ikan masin - digoreng terlebih dan ditumbuk kasar.
4. Gula - ikut sesedap rasa.
Sudah ada semua bahan di atas. Mari baca cara membuatnya :
1. Kita proses buah bambangan dahulu . Pastikan buah dikupas buang kulitnya serta dicincang halus. Selesai, buah ketepikan. (Akak tumbuk kasar saja buah ini.)
2. Goreng garing ikan masin (ikan kuantiti -ikut sesuka hati kamu -gunanya sebagai ganti garam untuk masin).
3. Tumbuk cili padi .
4. Semua bahan yang selesai ditumbuk atau cincang digaul sebati dan dicampurkan gula bagi mengimbangi rasa.
5. Siap sambal bambangan-sedia untuk hidangan.
5. Siap sambal bambangan-sedia untuk hidangan.
Senang resepi ini. Kalau sesiapa yang tahan boleh makan begitu saja. Bagi akak sedap dimakan dengan nasi putih yang panas-panas serta ulam timun. Kiri - kanan tak toleh dah. Sampai nasi habis.
Info mengenai buah bambangan:
1. Mampu merawat kanser payudara ,kalian boleh klik LINK INI. Dalam blog kawan akak ini sudah diceritakan dengan detail. Rajin-rajinlah membaca di link diatas.
2. Selain itu rahsia kehebatan buah ini turut mendapat liputan akhbar tempatan , KLIK SINI.
3. Tahukah kalian buah ini boleh dibuat JERUK. Resipi jeruk BAMBANGAN.
Bacaan lain untuk info berkaitan buah bambangan:
1. Buah bambangan - anti kanser 24 jam 2. Khasiat buah bambangan dalam siaran media - kanser payu dara 3. Khasiat bunuh kanser - buah bambangan
Kesimpulannya:
Setiap buah-buahan atau herba atau sayuran ada kehebatan dan khasiat tersendiri. Makanlah jika kita mampu makan,kerana kesihatan itu penting dalam kehidupan kita. Jangan risau selain buat sambal,buah ini boleh dimakan terus. Jika anda bernasib baik dapatlah makan buah bambangan yang manis,kalau terkena buah yang masam jangan dibuang. Buatlah sambal seperti yang akak buat. Untuk makluman resepi ini akak tanya warga tempatan balik rumah akak buat sendiri ikut selera akak. Jadi kamu pun boleh lah buat ikut selera sendiri.
Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi khasiat buah bambangan. Jangan lupa follow akak di https://www.facebook.com/kakmahh/?ref=bookmarksfacebook-Ceritaku untuk mu.
32 rajin tulis
Buah bambangan? First time dengar ni. Tak pernah tahu wujudnya buah yang dipanggil buah bambangan. Ke buah bambangan ni ada nama lain selain bambangan? Serious emi tak tahu buah bambangan ni yang mana satu.
ReplyDeleteNama lain akak Tak pasti. Sabahan yang buah ini wujud.Negeri lain belum Ada sebarang info yang akak tahu.
DeleteBambangan ni buah bacang ke? Saya suka beli buah pelam, bacang, mangga muda utk buat sambal. Perghh sedap gilaaaaaaaaa. Makan dengan Ulam yummy yummy. Hehehe
ReplyDeleteBukan. Kalau bacang getahnya boleh membuat sesetengah orang batuk setelah makan.
DeleteFirst time dengar sambal bambangan. Sambal bambangan nih sama ke dgn sambal kuini ke lain?
ReplyDeleteMungkin sambalnya tapi buah lain.
Deletemerecik air liur baca, adehh lambat lagi nak balik kg....time balik pula takde musim bambangan tu.
ReplyDeleteHi..Nasa. Ko sabahan ka? Mari pulang. Musim ini bah.
DeleteMacam adik beradik buah bacang je kak...tp pelik plak kulit dia kaler tu ha...apapun buah masam2 ni memang sedap dibuat sambal...tak pun di campur dalam sambal belacan kan..
ReplyDeleteTak pula akak campur belacan...maklumlah kali pertama bikin ini. Alhamdulillah berjaya.
DeleteBuah apa ni , kenapa macam pertama kali saja Ty dengar. Sekali pandangan cam resepi mangga je. Kecur air liur tengok puasa ni.
ReplyDeleteMemang buahnya masam dan manis. Peminat jeruk pasti suka buah ni.
Deleteunik nama buah yer. ada kat negeri mana yer? nampak sedap, kalau makan dengan nasi panas ni konfem bertambah
ReplyDeleteSabah. Negeri lain setahu akak tiada .
DeleteKali pertama mommy irra dengar nama buah bambangan..kalau buah kat belah semenanjung yang dibuang macam ni, buah kuinin atau machang.. tapi dua2 tu kulitnya hijau.. hehe nanti ada rezeki ke sabah boleh la cuba
ReplyDeleteIya...pergi saja ke pasar untuk mencari makanan unik begini.
Deletehadoi. sedap nyer!!!!
ReplyDeletenasi putih panas. perggh memang tak perasan mak mertua dok sebelah, kakMahh :) ha ha ha...
kalau sini mcm sambal kuini kan. sambal mangga pun. tapi tu la resepi kakMah tu different skit aida baca. ada ikan masin. yummy!
First time seeing this recipe, I've not tried it not sure what does it taste like. Maybe I'll try it out someday.
ReplyDeleteTak tau pun ada buah bambangan tu. Nampak bentuk and tekstur dia macam buah mempelam apple tu. Ni susah kalau nak buat dekat semenanjung ni sebab tak selalu jumpa buah ni
ReplyDeleteTak pernah pula jumpa buah ini di semenanjung.
DeleteYa amountengok sambal ni
ReplyDeleteMerencis betul. Agak rare sambal yg menggunakan buah ni
Belum pernah makan sambal bambangan ni.. Nampak menyelerakan... Mesti kena try ni..
ReplyDeleteNampak kiut je buahnya macam ciku. Hehe. Rupanya macam mangga. Memang sedaplah buat sambal ni. Tak pernah lagi rasa buah bambangan. Disebabkan Bella suka cuba benda baru, pasti akan cari kalau ketemu buah ni. Kalu tak minta kawan Sabah bawakkan. Hehe
ReplyDeleteTak pernah makan tapi bila tengok tetiba terkecur air lioq tgok..hehehe. Sedap ke?? Ada tak rasa cam sambal mangga???
ReplyDeleteLain sikit kak. Ada manisnya.
Deletelamanya tak dapat rasa mesti sedap.. lapar pulak rasanya bila teringat dulu ada makan yg nie.
ReplyDeletepertama kali dengar dan tengok buah bambangan ni. boleh dibuat sambal seperti buah bacang.. sedap juga makan nasi dengan sambal ni fuhhh
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
First time juga dengar pasal buah bambangan ni. Dah macam buah mangga je. Sambal tu makan dengan nasi putih panas-panas sedap tu.
ReplyDeleteEh, first time tengok dan dengar nama buah ni. Maklumlah kalau ke Sabah biaanya asyik cari seafood je. Nampaknya lepas ni wajib cari buah ni pulak sebab nak rasa sendiri kesedapan buah ni.
ReplyDeleteIya. Datang lagi dan cari kelainan makanan pula.
DeleteSerius tak tahu pun pasal buah bambangan ni. Biasanya kalau ke Sabah, terkenal dgn makanan laut je. Sambal buah ni pun nampak sedap betul tu.
ReplyDeleteFirst time dengar buah bambangan. Tapi nampak macam lazat. Hehe
ReplyDeleteTerima kasih,kerana sudi menulis komen positif