Sub Stesen Serinsim

Assalamualaikum semua...salam borneo,salam jalan-jalan negeri dibawah bayu. Kali ini akak bawa kalian kenal lokasi mandi-manda yang best ...

Assalamualaikum semua...salam borneo,salam jalan-jalan negeri dibawah bayu. Kali ini akak bawa kalian kenal lokasi mandi-manda yang best sangat. Terletak di jalan atau laluan Marak -Parak iaitu jalan yang bermula dari Ranau menuju ke Kota Marudu,begitu lah sebaliknya. Taman negara sub-station Serinsim terletak di laluan ini. Lokasi ini dikawal selia oleh taman-taman Sabah. Bila dikawal oleh taman-taman Sabah,setiap pengunjung dikenakan bayaran masuk rm3 seorang. Tidaklah mahal kerananya digunakan untuk penyelenggaraan lokasi ini juga.


ceritaku.my


Lokasi ini memang terkenal juga,sebabnya selain pengunjung ke Hot Spring di Ranau ,mereka akan ke sini untuk tujuan riadah bersama keluarga. Boleh menginap di sini,tidak pula akak tanya berapa kadar harganya. Malah dibenarkan juga berkhemah atas tanggungjawab sendiri. Bila berkelah dan berkhemah sendiri bawa bekalan dari rumah dan masak bbq di sini. Untuk pengetahuan kalian kedai yang ada di sini hanya kedai runcit kampung yang tidak menjual bahan mentah untuk masakan. Akak nasihatkan jika kalian ada niat berkelah di sini bawalah siap-sedia bekalan yang sudah diperap dan nasi yang bermasak dari rumah. Sampai sini hanya bakar-bakar lauk saja. Bekalan minuman juga boleh dibeli kedai runcit kampung. Kalau yang sudah bawa sendiri lagi bagus. Ada juga penduduk menjual pisang goreng di depan pagar masuk lokasi ini. Jangan risau maggi juga ada dijual jika tidak bawa bekal.


ceritaku.my


Digalakkan datang ke sini musim panas kerana boleh bermain air,kalau musim hujan amat merbahaya kerana airnya pasang dan sangat deras.

ceritaku.my


Suasana hujung minggu di sini amat meriah kerana ramai pengunjung yang hadir dari lokasi luar daerah. Malah tidak dapat dinafikan pinggir air ini penuh dengan orang hingga sukar mencari ruang kosong untuk mencecah kaki ke air. Pastikan jika kalian ke sini dalam jadual perjalanan hanya datang sini saja untuk main air,baru puas hati datang dari jauh.


Banyak lagi gambar berkaitan lokasi ini,kalian boleh klik  SINI dan SINI.Sekian untuk kali ini ...nanti akak cerita lokasi lain pula.

You Might Also Like

8 rajin tulis

  1. TERINGIN NAK KE SABAH LAGI. SABAH BARU SAMPAI TAWAU NGN SEMPORNA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo...yang jauh dah pergi..marilah banyak lagi tempat boleh terjah.

      Delete
  2. menarik ni lokasi niii.. teringin nak ke sabah lagi. kalau dulu nisa ke sana sbb kerja je.. teringin nak jalan jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila ambil peluang kerja jalan tapi sambung cuti untuk jalan sini.

      Delete
  3. Tak pernah lagi ke Sabah. Bulan lepas terlepas nak travel ke Semporna. Menarik..bolehla singgah ada masa nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...macam mana terlepas ni. Tak mengapa plan lagi.

      Delete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif