Diari Borneo
Sabah - Sook
Sook , Keningau
5/09/2016
Sambungan dari entry sebelumnya . ...
Salam sejahtera dan salam muhibbah. Cerita bersambung bila selesai kami minum kopi di restauran Taman Banjaran Crocker. Kami pun bergerak turun dari lokasi tersebut. Maaflah gambar ambil tapi tak dapat pamerkan sebab phone murah kurang cantik. Nak lihat kecantikan Keningau marilah melawat Sabah.
Pusing bandar sekejab cari bank harimau. Nak masuk hutan kena cari rimau hihiiii . ..
Selesai kami pun bergerak ke Sook.
Dari penginapan kami maksudnya rumah sewa kami ke Sook ini jaraknya 135km. Tidak jauh tapi kena ingat Sabah jalan rayanya bergunung atau berbukit. Naik bukit dan turun bukit jalan raya. Itu antara faktor yang mempengaruhi masa perjalanan kalian. Tambahan pula akak bawa dengan sopan dan tertib . ...hihiiii
Dulu-dulu untuk sampai Sook ini memang sangat memeritkan. Sebab akak dah sampai sini ketika kami berdua travel dengan motorsikal. Kematu juga duduk belakang motor tu, tapi ianya pengalaman yang cukup menggembirakan kami.
Untungnya pendalaman Sabah ini setiap lokasi penempatan ada kemudahan tersendiri. Jadi senanglah penduduk untuk pelbagai urusan harian.
Oleh kerana perjalanan ini luar jangka. Kami bergerak mengikut mata . ..haa macam mana tu? Mata kami melilau mencari apa menarik di Sook tiba-tiba kami nampak ikon Sook di pejabat urusetia Sook.
Tanpa segan kami minta izin penjaga pejabat berpagar tersebut membuka pagar...sebabnya nak bergambar di ikon Sook. Nanti kita sambung lagi . ..
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif