Diari Borneo
Sabah - Bundu Tuhan
Hounon Ridge Farmstay & Camping
3/12/2016
Assalamualaikum . ...Salam jelajah borneo dari kami . Biasalah kami melepaskan lelah dengan berjalan ke tempat baru . Kali ini kami bawa pembaca ke Ranau . Lebih tepat lagi kita jelajah Bundu Tuhan , Kampung Himbaan . Rujuk peta di atas .
Gambar di atas kalian boleh rujuk untuk masukkan lokasi ini dalam diari travel .
Harga sudah ditetapkan . Boleh call untuk sebarang tempahan. Bukan sebarang lokasi ini tempat . ...dah terViral sebagai ala-ala New Zealand pemandangan di sini .
Boleh sewa dorm . Bestnya ada dorm lelaki dan wanita dan tandas serta bilik mandi yang berasingan . Jangan risau memang selamat , selesa . ....dan sejuk . Tak perlu penghawa dingin .
Ini bilik yang terdepan di sini . Gambar di atas diambil dari FB Hounon .
Boleh BBQ . ..jangan risau tuan punya telah meletakkan syarat dengan tidak membenarkan makanan halal untuk aktiviti BBQ . Okay. ...insyaallah pengguna muslim boleh guna peralatan di sini tanpa was-was .
Tak perlu berebut dapur kerana ada 2 bahagian ruangan untuk memasak dengan setiap satu bahagian ada 2 dapur yang boleh digunakan serentak .
Kami berdua dah 2 kali ke sini dan bermalam . Tidak tidur dalam bilik . Kami tidur luar . Berkhemah . Nampak khemah yang banyak tu . ....kami ada juga khemah .
Bahagian belakang Hounon . ...tanah berbukit . Pilih saja nak Berkhemah di mana . Sewa tapak khemah rm20 dikenakan . Kalau tidak bawa khemah boleh menyewa khemah mereka . Bantal dan selimut pun disewakan .
Taaadaaaaaaa . ...inilah khemah kami . Khemah kami sewa sebab terlupa bawa yang sendiri . Bantal . ..toto bawa dari rumah . ...sejuk sangat kalau tidak ada toto atau selimut . Rupanya kerana penat sepanjang hari sebelum berkhemah menyebabkan kami lena diulit udara sejuk . Kawan dari khemah sebelah menyatakan khemah kami diselubungi awan . Patutlah sejuk sangat . Basah khemah . ..ingatkan hujan rupanya embun.
Alangkah indah ciptaanNYA inilah gambar yang diambil dengan telepon dari khemah kami. Gambar diambil sesudah subuh . ...pemandangan indah si Kinabalu. Tidak rugi datang tidur kesejukkan kerana disajikan dengan pemandangan sebegini cantik .
Marilah . ...datang sini . Ala-ala NZ . ..
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif