Diari Borneo
Sabah - Pasar Filipina
Pasar Filipina , Kota Kinabalu
2/14/2016Assalamualaikum . ..Salam kejauhan mencari makanan basah kali ini . Sila pakai sandal atau kasut sukan bila ke Pasar Filipina. Senang bergerak dan kaki tidak kotor . Kali ini saya bawa pembaca ke Pasar Filipina . ...kita nak cari ikan . Tapi jangan tanya apa nama ikannya sebab saya sendiri pun tidak tahu nama ikannya.
Waktu operasi ialah jam 4...9 malam bergantung kepada kelarisan jualan gerai. Pelbagai jenis ikan yang dijual. Dari sebesar-besar ikan hinggalah ke sekecil-kecil ikan . Yang kecil ialah ikan yang dipancing.
Secara umumnya harga jualan di pasar ini mahal sedikit jika dibandingkan dengan lokasi sebelahnya (bakal dicoretkan dalam entry blog,harap bersabar. ..biar rahsia). Tetapi masih berbaloi untuk dibeli .
Bukan setakat ikan saja yang boleh didapati disini,ada juga sotong dan udang . Kebetulan udang ketika kami singgah tidak musimnya maka kuranglah menarik nak snap gambar udang .
Sotongnya agak murah (lihat gambar)sotong saiz kecil rm5-7 sekilo (tengok juga saiz badan sotong) yang sederhana besar rm15/kg manakala yang paling besar rm18/kg . Ini harga yang diberi kalau tawar mungkin . ..mungkin boleh kurang rm1 kot . ..
Kami hanya beli sotong saiz sederhana rm5 untuk sotong 3kg dan 200gram , tuan gerai dah lelong sebab nak balik rumah .
Sekian . ..laporan dari pasar filipina ,KK
Akan datang saya paparkan kisah lain pula berkaitan pasar ini . Sehingga bertemu lagi
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif