Diari Borneo
Sabah - Pasar Filipina
Mee Tawau di Pasar Filipina, Kota Kinabalu
2/15/2016
Assalamualaikum . Sekali lagi siarkan kisah orang dapur . Harap pembaca tidak lari. Maklumlah kami dari semenanjung. Sampai sini umpama bayi yang baru mengenali dunia. Secara jujur saya amat jarang membeli mee kuning ketika kami di semenanjung lagi.
Entah kenapa sampai KK teringin pula anak tekak nak makan macam-macam. Nak makan di kedai tak kena selera.
Akhirnya, jumpa 'mee tawau' dikatakan produk muslim . Sebelum ini dah pun diberitahu oleh rakan sejawat mengenai mee ini . Berat pula mulut nak tanya . .beli dimana ? Nasib baik jumpa di pasar filipina , KK . Harganya rm3 memang produk dari Tawau dan penjualnya pula orang Tawau juga .
Nak cari apa saja boleh di pasar filipina . Bak kata orang iklan . .. macam-macam ada!
Okay la . ..nanti orang dapur dah masak mee ni kita siarkan pula cara masak dan menunya. Tapi . ..bila nak masak ye?
Selamat membaca diari borneo. Jangan serik singgah baca kehidupan orang semenanjung di borneo . Bye . ..
0 rajin tulis
Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif