Lubok China,Melaka

Lubuk Cina,letaknya di Melaka.Kalau orang Melaka,tak sampai lagi di Lubuk Cina...tak tahulah.Satu lokasi yang amat terkenal 26 tahun la...

www.ceritaku.my

Lubuk Cina,letaknya di Melaka.Kalau orang Melaka,tak sampai lagi di Lubuk Cina...tak tahulah.Satu lokasi yang amat terkenal 26 tahun lampau dengan kelarisan jualan udang galahnya. Walau pun udang galah dipancing di Kampung Sungai Timun,Negeri Sembilan atau di Kampung Telok Berembang, Melaka.

www.ceritaku.my

Inilah buktinya...Lubuk Cina merupakan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan.26 tahun lepas tak ada susur jalan selepas jambatan ini.

www.ceritaku.my

Kalau dari Negeri Sembilan kita mesti terpandang papan tanda ini di sebelah kiri jalan sebelum menuju ke bulatan di depan Balai Polis Lubuk China.

www.ceritaku.my

Dulu....26 tahun lepas,ianya hanya bulatan semata-mata tiada pokok bunga ni.Lapang je boleh terus nampak Balai Polis Lubuk China ni. Sekarang dah lawa,ada pokok bunga dan papan tanda petunjuk arah jalan.

www.ceritaku.my

Maaflah...gambar sisi pula yang terambil,laju Abe Mat bawa motor. Inilah lokasi kediaman saya 26 tahun dulu. Jalan kaki ke sekolah. Ada basikal simpan,takut tayar basikal botak.Kalau nak ke SMK Lubuk China praktis bola jaring baru naik basikal,sebab jauh sikit dari rumah.

www.ceritaku.my

Pejabat pos masih dalam keadaan yang dulu. Kekal di lokasi yang sama seperti 26 tahun lepas.

www.ceritaku.my

Inilah sekolah saya dan kawan-kawan ( Saadiah,Sharifah Mashila dan Maizatul Akmar...sekadar mencatat beberapa nama) pernah menuntut ilmu hingga kami berjaya kini. Alhamdulillah,terima kasih kepada semua guru yang berusaha gigih ....mendidik kami tanpa jemu,semoga jasamu guru Allah saja yang membalasnya.

You Might Also Like

11 rajin tulis

  1. kenapa mesti 26 tahun lalu? ade peristiwa bersejarah ke 26 tahun lalu kat sini?

    ReplyDelete
  2. dah lama kita tinggalkan zaman kanak2 rebina
    tapi masih seronok untuk dikenang
    hehe

    ReplyDelete
  3. Pn Kak Mah tidak jelaskan kaitan dengan 'Lubuk Cino'(dialek NS).Asal atau ikut ibu bapa...

    ReplyDelete
  4. 26 tahun yang lalu lepas round about tu banyak kedai-kedai kayu dan saya pernah belajar trengkas kat situ.......

    ReplyDelete
  5. Tempat menuntut ilmu,26 tahun lepas bersama ibu bapa menetap sementara disini,sebelum berpindah ke kampung halaman. Banyak perubahan yang berlaku disini.

    ReplyDelete
  6. Lubok cina? bestkan mengenang zaman kanak-kanak..

    ReplyDelete
  7. kampung ayah ada kat situ....skrng dah jarang balik sebab memasing semua sibuk...jadi balik bila ada kelapangan...semua gambar yang di tunjukkan lalu..

    ReplyDelete
  8. Datuk moyang saya dulu yang buka Tanah di Lubok Cina. Dia orang peranakan Baba Nyonya :)

    ReplyDelete
  9. Kak mah kenal tak ade sorang abg polis (asal dr kedah) tp kawin dgn org lubuk cina yg rumah dia betul2 trletak di sebelah kiri balai polis tu.?

    ReplyDelete
  10. Ada kenal kedai rahman kedai kopi

    ReplyDelete
  11. Kedai babi masih wujud sampai hari ini walaupun lokasi dah pindah ke pekan baru

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif