Pasar Kota Belud

Assalamualaikum,lambaian kembara dari kami. Kalau dulu pembaca asyik membaca kisah kami ke luar negara. Kali ini Malaysia Timur kami tero...


Assalamualaikum,lambaian kembara dari kami. Kalau dulu pembaca asyik membaca kisah kami ke luar negara. Kali ini Malaysia Timur kami terokai. Sudah lebih 5 kali kami ke Sabah,pembaca boleh rujuk di link KOTA BELUD.


www.ceritaku.my

Dulu kami bermotorsikal ronda pusing 1 Borneo,kali ini kami berkereta. Biasalah kalau bawa orang tua ke sini,kena masuk pasar. Atas alasan mak nak tengok apa yang ada di Pasar Kota Belud. Nasib baiklah mak saya tak borong semua buah di sini. Kata emak , buahnya besar nampak segar dan yang paling penting ianya murah.


www.ceritaku.my

Tamu Kota Belud dan Pasar Kota Belud ada bezanya. Apa bezanya? Lihat link ini TAMU KOTA BELUD. Pertama perbezaan lokasi urus-niaga,kedua perbezaan masa yang tertentu saja bagi Tamu Kota Belud berbanding dengan Pasar Kota Belud. Ketiga perbezaan produk jualan yang ada di Tamu Kota Belud dan Pasar Kota Belud. Yang paling penting Tamu Kota Belud ini merupakan salah satu daya tarikan pelancong untuk pergi dan singgah ke Sabah ini.


www.ceritaku.my

Alhamdulillah,kami (saya dan suami dah merasai pengalaman di Tamu dan Pasar Kota Belud). Kali ini saya memberi peluang pada emak dan anak saudara saya rasa sendiri pengalaman suasana pasar masyarakat negeri di bawah bayu ini. Memang seronok mereka, habis dari penjaja ulam-ulaman,peniaga sayuran hingga ke ikan-ikan dilihat dan ditanya harganya. Pengalaman baru buat mereka untuk lebih mendekati dan mengenali masyarakat di sini.

You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif